Kehidupan awal Fathia_Latiff

Nur Fathia dilahirkan pada hari Selasa, 1 September 1987 Masihi bersamaan 7 Muharram 1408 Hijrah di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir dan Badriyah binte Hassan. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).